Program SLDN RMKe-11 & 12 antara 2019-2022, semua PB-SLDN sama-sama menghadapi Pendemik Covid-19, aktiviti terbatas dengan perintah PKP, PKPB dan berbagai arahan sehingga awal tahun 2022 menampakan pencerahan/pemulihan.
2. Sekitar 2020-2021 aktiviti latihan/pembelajarannya agak kesulitan dalam latihan (Teori & Praktikal), dan terpaksa menghadapi suasana covid-19 turun-naik keadaan semasa dan gangguan dalam sesi latihan.
3. Arahan JPK semua PB-SLDN terpaksa mengadakan sesi kelas Online yang mencabar. Apapun kesulitan ini semua perantis lebih aktif bersedia mengikuti program secara online, diucapkan syabas dan berjaya ke peperiksaan akhir SLDN 2020 - 2021 yang lalu.
4. Kita harus bersyukur program SLDN tahun 2022, telah beransur pulih dan sedia menjalani aktiviti sldn penuh lebih lancar dan berhati-hati.
Dari Teropong penyelaras.
Mac 2022 - 10.00am.
PROGRAM P/TAHAP SLDN RMKe-11 TAHUN 2019 - 2022
1. Permohonan Kuota Perantis tahun ini hanya 25 org. sepanjang 2019, 2020, 2021 dan 2022 mulai sesi Feb. - Sept. 2022
2. PL kami ingin memohon maaf kepada bekas perantis-perantis Tahap 2 yang tidak terpilih atas keadaan kuota terhad ini.
3. Bagi perantis yang berjaya, ok teruskan cita-cita anda semua mengikuti latihan dalam tempoh 8 bulan yang padat kurikulumnya, dan sedia menghadapi situasi dan NOSS baru (TA-011-3:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA)
4. Kepada perantis yang berjaya, sila lapor diri dan mulakan latihan SLDN apabila mendapat kelulusan dari pihak JPK/SLDN.
Pesanan Pengurus PB-SLDN?
Ambil peluang ini kerana anda terpilih, renungilah ... rakan-rakan yang kurang bernasib baik diluar sana kemana arah tuju mereka?
Sekian,
Pengurus PB-SLDN Kol Ezzany.
17 Ogos 2022 - 10.00am.
PERANTIS P/TAHAP SLDN RMK-11 2018 YANG TELAH MENAMAT LATIHAN
1. Sesi Feb. 2015, sebanyak 1 lelaki dan 6 orang Perantis Wanita bekas perantis SKM Tahap 2 SLDN Khas RMKe 10 Tahun 2014, telah pun memulakan sesi kurikulum pembelajarannya. Syukur ... tahun ini mendapat lebihan perantis walaupun tidak sepenuhnya kuota 10 orang.
2. Mudah-mudahan anda semua tabah mengikuti latihan, jika terdapat apa-apa kekurangan di PL jangan ambil pusing sangat ye?, janji anda semua berjaya dalam SKM 3 nanti.
3. Prog. SLDN RMK-10 akan berakhir penghujung tahun 2015. Kita tidak tahu lagi perkembangan RMK-11 sama-sama kita tunggu.
------------------------------------------------------------------->>>
Pada Sesi Feb. 2013, Prog. Peningkatan Tahap SLDN telah ditawarkan buat pertama kali, dan sebagai percubaan 4 orang Perantis (2) lelaki (2) wanita lepasan SKM Tahap 2 tahun 2012, diberi peluang & tempat untuk melanjutkan pelajarannya ke SKM Tahap Tiga Bidang K-012-3 Penyelia Pembuat Pakaian Wanita.
2. Kesemua mereka telahpun berjaya dalam peperiksaan akhir SKM Tahap 3 dan telah di Graduatkan pada Majlis Konvokesyen ke 2 Pkt. Negeri Perak pada Dec 2013.
2:1 Seorang bekas Perantis telah dilantik sebagai Pen. Peg. Latihan Vokasional di Pst. Tahanan Penjara Muar, Johor pd. Jul 2014
(Mohd. Hanafi Saharuddin)
2:2 Seorang telah melanjutkan pelajaran 2 tahun (Diploma Jahitan)
di Ibu Pej. KEMAS Negeri di Sri Iskandar, Perak (Nor Asmira)
2:3 Seorang telah terlibat aktif dalam usahawan / perniagaan sendiri
di Kg. Paya Besar, Batu Kurau, Perak (Nor Zaidah Zakaria).
2:4 Seorang lagi telah di lantik sebagai Coach SLDN Pen. Tahap SKM 3
di Pst. Latihan Jahitan Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak bagi
Sesi Feb. 2015.
En. Nor Kamar bekas Perantis SLDN/ATM Sesi 2013, telah melangsungkan perkahwinan bersama Mek Kelantan pd. 26 Sept. 2015, di Jln. Banjar, Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak semoga bahagia diucapkan.