Dua Pasukan Team A & Team B
peserta kursus latihan menjahit dan rekaan fesyen pakaian wanita
Sesi Julai 2020
Majlis tamat latihan dan jamuan perpisahan 20 peserta dalam sesi bergambar bersama pegawai-pegawai NCER / pengurus PL Koleksi Ezzany dan jurulatih pada 7hb. Nov. 2020.
Terima kasih kami ucapkan.
Sesi pendaftaran dan suaikenal
Pelatih-pelatih dibekalkan peralatan latihan jahitan teori dan amali dalam sesi pendaftaran dan suaikenal daripada Pn. Shaliza Hj Safri Pengurus Pusat Latihan Jahitan Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak
LATIHAN TEORI & AMALI (PRAKTIKAL)
LATIHAN AMALI (PRAKTIKAL)
KEMAHIRAN MENJAHIT PAKAIAN WANITA
Sijil Penghargaan Sukarelawan PPE Pengarah Hospital Taiping, Perak Terima kasih kepada pihak Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya kepda Dr Hjh Narimah bt. Yusof A.M.N Pengarah Hospital Taiping, Perak dan YB Mohamad Amin bin Zakaria, ADUN Batu Kurau, Perak di atas penghargaan ke atas Pusat Latihan dan perantis-perantis Program SLDN Khas & P/Tahap Batch Mac 2020 kami yang diberi sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab tugasan untuk menjahit dan menyiapkan peralatan Suit PPE kepada Barisan Hadapan (Frontliner) dalam menghadapi pencegahan Virus Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita dan seluruh dunia amnya.
Dr. Hjh Narimah Binti Yusof A.M.N
Pengarah Hospital Taiping, Perak
dan
Ribuan terima kasih juga tidak dilupakan kepada YB Dato' Mohamad Amin bin Zakaria, ADUN Batu Kurau, Perak sebagai wakil Kerajaan Negeri Perak yang telah dapat menyumbang khidmat bakti dan dana kewangan bagi menyiapkan pakaian anggota Barisan Hadapan (Frontliner) kepada Pusat-pusat Kesihatan Daerah (PKD) Larut Matang & Selama, Perak dalam menghadapi Pandemik Virus Covid-19
MESYUARAT JPW 2013 PD. 02 OKT. 2013
Pn. Srihartini bt. Mohamed Shamsudin Pengarah Pej. Pembangunan Wanita Negeri Perak bersama pegawai-pegawainya dan pihak JPK Cyberjaya sempena penubuhan & merasmikan Prog. I-KIT & I-KEUNITA 2.0 Tahun 2013 di Bgn. IKIM Negeri Perak, Ipoh pd. 2 Okt. 2013.
2. Objektif utama, adalah bagi menjayakan Program Kursus bidang Jahitan Pakaian Wanita dan lain-lain bagi peserta wanita, terutama Ibu Tunggal dan personel yang telah memohon menyertai program ini, bagi memberi latihan asas yang telah separuh mahir dalam berbagai bidang berkenaan, dan memberi bimbingan kearah keusahawanan dan perniagaan dengan bantuan kerjaaan yang sedia ada.
LAWATAN PENGARAH JPW PERAK
PERANTIS KUR JAHITAN JPW PERAK
10 Peserta Kursus Jahitan Pakaian Wanita Tahap 1, sesi bergambar kenangan dalam sesi menggayakan modul pakaian tradisional yang telah siap.
LAWATAN KERJA TIM. PENGARAH JPW PERAK
Tim. Pengarah JPW Perak, Pn. Rohana sempat memberikan ucaptama sempena lawatan kerja pendaftaran 10 peserta kursus jahitan pakaian wanita di Pst. Latihan Jahitan Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak pada hari pertama dan penyerahan logo dan banner Prog. I-Kit & I-Keunita 2.0 Tahun 2013 kepada Pengurus PL.
SUMBANGAN CENDERAHATI
PERANTIS JPW & TETAMU DALAM UPACARA MAJLIS
Para peserta kursus dan kaluarga turut hadir sempena tamat kursus jahitan pakaian wanita dan majlis penutup Prog. I-Kit & I-Keunita 2.0 Tahun 2013.
Mari Kita Ke Bengkel Latihan......
Pn. Norizan dan Pn. Faridah sedang membuat latihan kerja praktikal melakar pola dan menyemat fabrik untuk menyiapkan kerja dan menjahit sehelai modul baju kurung tradisional.
Cara membuat dan melakar pola dengan betul dan tepat mula diajar mengikut sukatan centimeter (cm) lebih mudah dan senang, walaupun cara lain turut digunapakai.
Pn. xxx sedang menyiap dan menjahit modul latihan sehelai baju kolar hawaii
CONTOH MODUL LATIHAN
Inilah sebagaian modul latihan yang telah dibuktikan oleh para peserta kursus jahitan kami.
SESI BERGAMBAR KENANGAN & PERPISAHAN
Para peserta Prog. I-Kit & I-Keunita 2.0 2013, bersama Pgrh. JPW Perak Pn. Srihartini Mohamed Shamsudin, Pengurus PL Jahitan Koleksi Ezzany Pn. Shaliza Hj Safri serta Coach dan tetamu jemputan Pn. Hjh. Salmah Ahmad, Pn. dari Persatuan Ibu Tunggal (CEKAL) Parlimen Taiping dalam sesi bergambar kenangan sempena upcara majlis tamat kursus dan penutupan Program mulai 04 Okt. - 24 Nov. 2013.
.